Salam Dunia......

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.............

Sunday, January 30, 2011

Lembaran Baru..


Alhamdulillah ..program TOT berjalan dengan baik walaupun permulaannya ada sedikit masalah yang kadang-kadang tidak dapat dielakkan. Namun berkat kesungguhan dan kerjasama antara semua ahli akhirnya program ini menjadi sebuah program yang amat bermakna dan meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada diri saya dan juga rakan-rakan. Tahniah kepada semua team Ekstrovert yang memberikan 100% komitmen dan semangat yang tidak pernah lekang dalam diri masing-masing. Hari ini saya telah memprolehi satu perasaan yang baru yang sebelum ini tidak pernah saya rasakan. Hati saya menjadi lebih tenang, keyakinan diri semakin bertambah dan kepercayaan terhadap kebolehan dan bakat yang ada semakin timbul. Sukar untuk saya jelaskan apa yang telah saya alami. Hanya rakan-rakan dan fasilitator yang terlibat memahami keadaan sebenarnya. Hari yang sangat indah, kami berkumpul bersama-sama bagaikan sebuah keluarga. Kami menjadi semakin rapat. tiada juarang dan halangan yang dapat memisahkan hubungan silaturrahim antara kami.  Semua pemikiran yang negatif dan persepsi yang tidak baik antara satu sama lain perlu dibuang. Perasaan malu dan takut semakin lama semakin hilang sedikit demi sedikit walaupun masih ada lagi sebahagiannya dalam diri kami namun itu tidak menghalang untuk mencuba menyerlahkan diri di hadapan rakan-rakan.
 Saya akui dulu saya sangat lemah dan cepat putus asa bila ada masalah. Saya selalu mencemuh diri, meyalahkan orang lain dan selalu memikirkan perkara yang tidak elok akan berlaku. Banyak sudah perkara yang menyakitkan, menyedihkan, menyeksakan, dan mengecewakan diri saya. Kadang-kadang saya selalu bertanya pada Tuhan. Kenapa kau hidupkan aku?Kenapa kau jadikan aku manusia?. perkataan sebegini selalu berlegar-legar dalam kepala saya bila saja masalah datang. Saya bukannya seorang yang budak baik, yang alim, yang hormatkan orang tua. Saya seorang yang degil, keras hati, susah nak terima nasihat dan ada saja masalah yang selalu saya timbulkan. Saya tahu hidup ini bukan seindah yang saya impikan. Bukan seperti makan KFC, Mcdonalds , bukan seperti mensyampu rambut, bukan seperti memakai minyak wangi, bukan seperti mengguna mesin urut, dan bukan seperti kita menggoyangkan kaki di rumah. Semakin saya membesar baru saya tahu proses dalam hidup. Banyak cabangnya dan banyak cabarannya. Saya fikir semua yang saya nak sudah tersedia ada. Tak perlu bersusah payah berlari ke sana sini, tak perlu susah hati, tak perlu menangis, dan tak perlu berpecah peluh. Yang saya hanya saya tahu ada orang boleh memberi semua benda yang saya nak dan ada orang yang boleh menjaga saya kerana yang lebih penting adalah keseronokkan. Saya selalu berkata dalam diri saya bahawa sayalah yang paling hebat, paling bertuah dan paling cantik. Itu semua tafsiran kosong semata-mata yang tidak ada isi. Saya nak jadi pandai, hebat tapi saya tak pernah berusaha walaupun sedikit. Saya tak mahu hidup susah. Semua perkara yang saya nak buat yang senang dan mudah. Sedikitpun tidak mahu yang susah. Saya bukanlah dari keluarga yang berada cuma saya mungkin bernasib baik mempunyai ahli keluarga yang penyayang, baik, sentiasa mengambil berat, sabar melayan kerenah saya. Saya masih tetap tidak berpuas hati. Saya amat cemburu melihat kebahagiaan keluarga lain. Mereka masih ada mak dan ayah. Masih dapat merasai sentuhan kasih sayang keluarga. Masih dapat melihat wajah seorang ayah. Tapi saya tidak. Walaupun semasa ayah saya masih hidup saya tidak pernah melihat wajah ayah dengan seikhlas hati. Renungan dan kata-kata saya tidak pernah betul. Saya menyalahkan ayah atas perpisahan ayah dan mak. Paling menyakitkan bila ayah berkahwin kali kedua selepas 5 tahun menduda. Saya ingatkan kenduri kahwin ayah biasa saja. Bila saya lihat suasana kenduri mungkin meriah bagi tetamu yang datang tetapi tidak saya. Saya menyembunyikan diri dalam bilik. Ahli keluarga dan saudara mara mencari saya. Saya dimarahi oleh ibu saudara saya kerana kurang sopan dan tidak beradab. Saya dapat terima perkahwinan ayah tapi tidak sepenuhnya. Yang membuatkan saya sangat marah ayah berkahwin dengan seorang perempuan yang muda. Malu saya nak panggil dia' mak'. Kawan-kawan mengejek saya di sekolah. Sikap panas baran saya memang tidak dapat dikawal. Terus saya menampar salah seorang rakan saya. Terasa tangan saya menggeletar. Muka semakin merah. jantung berdegup kencang. air mata berjurai-jurai keluar. Saya tidak tahu apa yang saya perlu saya buat untuk menutup mulut mereka. Bila pulang saja dari sekolah saya terus keluar. Melepak bersama kawan-kawan yang tidak bermoral.Namun saya lebih tenang, selesa bersama mereka.  Mungkin keluarga tidak tahu. Semua geng saya kenal, bohsia, bohjan, Punk, Apa yang saya tak tahu saya nak juga tahu. Daripada rambut hitam yang asli diwarnakan pulak. Bab disiplin sekolah lagilah teruk. Saya leka dan lalai. Saya lupa pada tuhan. hidup saya kosong, semak, serabut. Saya tidak kenal siapa diri saya. Yang membuatkan sedar bila ayah telah pergi buat selama-lamanya. Rasa sangat sakit dan kesal yang tak sudah-sudah. Semasa menjaga ayah dihospital selama sebulan saya mula mengidamkan kasih seorang ayah. namun sudah terlambat. ayah menghidap barah hati tahap kritikal. hati ayah membengkak.  saya dapat merasai tanggungjawab seorang anak. saya melihat ayah melawan kesakitannya. mulut ayah sering menyebut nama Allah. Pagi , petang , malam ayah meraung kesakitan. tangisan demi tangisan lahir dari hati  yang dalam. timbul perasaan kesal yang teramat sangat. perasaan serba salah dan silap yang pernah saya lakukan selalu menghantui diri saya. ayah merenung ke arah muka saya seperti ingin mengatakan sesuatu.aku melihat tepat pada wajah ayah. sayup mata ayah.  Doktor memberitahu ayah sudah tidak dapat boleh diselamatkan. ayah seorang perokok tegar. boleh dikatakan 4-5 kotak rokok ayah boleh habiskan. Kesan daripada itulah ayah selalu sakit. ayah tidak boleh berjalan. semakin hari keadaan ayah semakin teruk. air kencing dan najis semuanya dalam cecair dan ketulan darah. saya kuatkan semangat untuk menjaga ayah sehingga hari terakhirnya. Saat itu hanya Tuhan saja yang tahu. semuanya menjadi tidak serba kena. hati tidak berapa sedap. mata ayah berkeliaran mencari sesuatu. ayah kelihatan sesak nafas. saya menggenggam erat tangannya. seluruh badannya sejuk dan sangat lemah. doktor berusaha menyelamatkan ayah. namun Tuhan lebih menyayanginya. beberapa kali ayah menarik nafas. berdenyut-denyut jantungku merasai keadaan ayah. akhirnya ayah menghembuskan nafas terakhir dihadapan saya. Saya kaku, tidak dapat berkata apa-apa. air mata deras keluar tanpa menghiraukan saudara mara lain. Betulkah ayah sudah tiada?mimpikah aku?Saya betul-betul tidak percaya. Ayah masih ada. Masih hidup dalam hati saya. Sukar untuk saya terima namun saya mesti terima kerana saya tahu setiap orang yang kita sayang akan pergi suatu hari nanti. Sejak dari itu saya menghargai kasih sayang keluarga dan rakan-rakan. Saya bersyukur tuhan telah membuka ruang hati saya untuk sentiasa mencurahkan kasih sayang kepada semua orang.
hari ini adalah lembaran baru dalam hidup saya. saya mengenal erti persahabatan. saya amat terharu akan pengorbanan dan perjuangan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan. tidak pernah melihat kekurangan masing-masing, tidak menyisihkan rakan-rakan, kerana kami semua adalah sama. Mereka yang dahulunya selalu saya persepsikan dengan bermacam-macam perkara rupa-rupanya tidak benar sama sekali. semakin lama saya bersama mereka semakin kasih dan sayang saya kepada mereka. apabila hati kami semua bersatu, membaca ruang isi hati yang terbuku, melafazkan dengan seihlas hati, menghubungkan ikatan yang terpisah akhirnya kami bersama.bersama memperjuangkan matlamat kami untuk menjadi seorang kaunselor yang bukan hanya berjaya untuk diri sendiri tetapi berjaya mengubah masyarakat dalam satu dunia yang baru yang membuka pintu gerbang sehingga semua dapat memboloskan diri dari hidup yang tidak ada makna dan membina kekuatan serta keazaman baru untuk kesejateraan dunia dan akhirat. sepanjang program TOT ini memang agak susah untuk saya mengalirkan air mata. mungkin selama ini saya sudah banyak bersedih dan terluka atas perbuatan sendiri dan juga orang lain. namun sepanjang saya menulis coretan ini saya tidak henti-henti mengalirkan air mata mengenangkan pengalaman sepanjang program tadi tiba-tiba membuatkan saya rasa sangat terharu dan bangga mempunyai sahabat ekstrovert yang akan saya sematkan dalam hati saya. LOVE U EKSTROVERT!..saya sayang anda semua...diri saya adalah daripada pengalaman yang lalu,,,,,,,

Peserta Kem TOT berkumpul di makmal kaunseling sebelum melakukan aktiviti Explorace.


Inilah antara 7 benda yang perlu kami cari sepanjang explorace.


Peserta sedang menggunting wang kertas yg akan diberikan kpada setiap
kumpulan yang terlibat dalam setiap LDK.

Antara peserta yg berjaya melepasi cabaran memijak telur tanpa memecahkannya.
alhamdulillah ramai juga peserta yang berjaya walaupun pada awalnya kami agak gementar.



Pasangan kembar tp tidak  serupa,,hanya sama pada nama namun orangnya sangat hebat.
Inilah bakal kaunselor yang akan berjuang untuk anak-anak bangsa.





Peserta yang berjaya menembus kentang menggunakan straw.

Bersungguh-sungguh kami melakukannya. Walaupun agak sukar kami tetap yakin.

Usaha tangga kejayaan. Akhirnya membuahkan hasil. Syabas kepada semua peserta Kem TOT.


Thursday, January 6, 2011

Membina Hidup Cemerlang Melalui Ujian Allah



Hakikat kehidupan manusia di muka bumi adalah sebuah ujian yang perlu ditempuh dengan keimanan dan kesabaran. Allah Taala akan terus menguji manusia dengan pelbagai ujian sehingga terserlahlah individu-individu yang benar-benar berpegang dengan janji-janji Allah iaitu balasan baik di akhirat yang tiada tolok bandingnya. Daripada ujian itulah juga nantinya akan meperlihatkan kelemahan individu dalam menerima ujian Allah.

Memperkatakan persoalan ujian hidup, Allah Taala menjelaskan : " Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepada mu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan : " Innaalillaahi wa inna ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk". (Surah Al-Baqarah : 155-157)


Bagi ibu bapa antara ujian kepada mereka ialah melayan perangai dan karenah anak-anak semenjak kecil hinggalah dewasa. Bagi individu pelajar, ujian dalam pembelajaran di institusi pendidikan amat mencabar ke arah meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Bagi individu pekerja, ujian ditempat kerja menerusi karenah majikan dan sistem kerja juga benar-benar menguji kesabaran untuk meningkatkan produktiviti kerja. Bukankah manusia makhluk Tuhan yang terbaik yang melayakkan diri mereka menerima segala ujian Allah. Apabila telah melalui ujian, status kehebatan manusia akan lebih terserlah dan darjat mereka di sisi Tuhan akan dilipat gandakan ke kedudukan yang lebih mulia.


Itulah sebabnya kita perlu melihat ujian-ujian Allah yang berlaku kepada kita sebagai suatu gambaran kasih sayang Allah kepada diri kita. Perkara ini hanya akan bererti bila kita menyedari dan meyakini sesuatu ujian itu datang dari Allah dan diri kita semakin hampir kepada-Nya setelah sesuatu ujian terjadi ke atas diri, keluarga serta orang-orang yang ada hubungan dengan kita. Kita menerima ujian dengan perasaan redha dan bersabar mencari jalan penyelesaiannya.


Ada manusia apabila menerima sesuatu ujian, dirinya semakin melupakan Allah, lebih-lebih lagi apabila ia merasakan dirinya mampu melepasi tahap ujian yang menimpa kehidupannya. Individu tersebut berjaya keluar daripada kepompong masalah dengan kepakaran dan pengalaman hidup yang dimiliki. Kesedaran seumpama ini jika tidak dibimbing boleh menjerumuskan diri seseorang kepada kesesatan yang menyebabkan dirinya semakin jauh daripada rahmat dan pertolongan Ilahi.



Ujian hidup perlu ditempuhi dengan hati yang sabar dan tenang



Allah SWT Maha Adil dalam merencanakan ujian kepada para hamba-Nya. Sesuatu ujian diberikan kepada individu yang patut menerimanya dan ujian itu mengikut kadar kemampuan individu terbabit menanggungnya. Maka jadilah setiap ujian Allah kepada manusia mempunyai hikmah yang tinggi kepada para hamba-Nya yang ikhlas dalam memperhambakannya diri kepada Tuhannya. Kita selalu diperingatkan ketika menghadapi masalah " Bersabarlah, pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi".

Para nabi dan rasul merupakan golongan yang banyak menerima ujian Allah sesuai kedudukan mereka sebagai manusia pilihan dalam membimbing manusia ke jalan yang diredhai-Nya. Bayangkan bagaimana rintangan yang dilalui oleh Baginda s.a.w. dalam menyampaikan misi dakwahnya kepada golongan kuffar dan musyrikin, betapa berat ujian itu, namun Baginda dengan redha menghadapinya.


Seorang pemimpin akan diuji dalam kepimpinannya sesuai dengan kekuatan dirinya menghadapi ujian itu. Ibu bapa juga diuji dalam tugas-tugas keibubapaannya sesuai dengan kesediaannya mengendalikan urusan rumah tangganya. Majikan juga turut diuji dalam urusan pekerjaannya selari dengan keupayaannya mengharungi karenah pengurusan organisasi.


Oleh sebab itulah setiap individu Muslim perlu meyakini ujian yang Allah timpakan ke atas dirinya untuk sesuai dengan potensi dirinya untuk menghadapi ujian berkenaan. Alalh Taala tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya dengan meletakkan mereka dalam situasi di luar kemampuan fitrah mereka untuk menerimanya. Keadaan inilah nanti boleh digunakan sebagai salah satu kayu pengukur dalam menentukan nilai ketakwaan kita di sisi Allah Taala.

Berdoalah untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat
                    


Itulah sebabnya janganlah kita berdoa supaya tidak mempunyai masalah atau tidak menghadapi masalah dalam hidup kerana ianya bercanggah dengan fitrah hidup manusia yang sempurna akal dan jiwa. Sebagai makhluk terbaik kita pasti akan terus diuji dan dalam saat menghadapi ujian, kita memanjatkan doa kepada Allah supaya diberi kekuatan dalam mengharungi segalanya. Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, jangan anggapnya sebagai masalah. Anggaplah masalah itu sebagai suatu cabaran hidup yang perlu dilalui dalam mematangkan diri ke arah kehidupan seterusnya yang pasti lebih hebat cabarannya. Sikap positif inilah yang menjadi pegangan Nabi Muhammad s.a.w dalam mengharungi segala cabaran dalam usahanya melaksanakan amanah Allah SWT ke atas dirinya, sehinggalah kita dapat menyaksikan sinar islam semakin berkembang ke seluruh pelusuk alam.


Alangkah indahnya kehidupan manusia yang dikelilingi dengan pelbagai pengalaman dan pengajaran hidup yang boleh dijadikan pedoman ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Sebagai individu muslim mukmin, pengalaman hidup yang boleh membawa dirinya semakin hampir kepada Tuhannya adalah satu anugerah Ilahi yang amat bermakna dalam meletakkan dirinya dalam kalangan hamba-hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat.


Saya amat tertarik dan tersentuh akan jalan cerita dalam drama Taubat Nasuha yang telah menyedarkan saya tentang ujian hidup dan erti bersyukur kita terhadap apa yang diberikan oleh Allah SWT dalam kehidupan kita selama ini. Saya kongsikan sedikit sedutan drama tersebut untuk anda. Diharapkan ia dapat memberi kesedaran kita untuk kita membina satu semangat hidup dan kekuatan diri yang baru dalam menempuh ujian-ujian yang bakal akan kita hadapi pada masa akan datang
video

Tuesday, January 4, 2011

kehidupan di Universiti

Beginilah rutin seharian di Universiti. Bermulanya semester baru, segala urusan peribadi dan hal-hal yang berkaitan akademik perlu diselesaikan dengan segera. Jika dilengahkan pasti segala kerja tidak berjalan dengan baik. Pagi tadi saya perlu bangun untuk menguruskan borang tambah kursus di Fakulti dan pada masa yang sama saya berjumpa Ketua Jabatan Fakulti, Dr Muzaffar Shah untuk mendapatkan tandatangan borang bagi pihak kawan saya. Kelas bermula jam 2 petang. Setelah selesai urusan di Fakulti, sementara menunggu waktu kelas tersebut saya dan kawan baik, Noor aizidwanie atau Kak wani comey yang setia menemani saya menghabiskan masa yang ada di perpustakaan. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 2. alamak,,,bas belum bergerak lagi. Agak lama kami berada di dalam bas. Sambil itu saya memikirkan siapa pulak yang akan mengajar subjek EDU. Kaki melangkah laju ke kelas. Eh, perlu sembahyang dulu. Sesudah itu pintu kelas di ketuk dan bila kami mebuka pintu semua memerhatikan kami. Dah agak, kami yang terakhir. Tapi rasa agak happy sebab yang mengajar kami adalah En. Zul, yahooooooooooo......seperti yang telah dimaklumkan pada semester yang lepas sesiapa yang lewat datang kelas kena kurung di luar. tak sanggup,,,jauh berjalan dari kolej ke kampus sampai saja ke kelas kena kurung di luar. oh tidakkkkk...nasib baik la hari ni hari pertama. Rasa penat hilang setelah En. Zul menggamatkan suasana dengan lawak jenakanya yang menghiburkan kami semua. Hari ni kelas tamat lebih awal. Semua nampak gembira .....

Saya dan Kak Wani,,,utara mari,,,,