Salam Dunia......

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.............

Tuesday, February 8, 2011

Hadiah Daripada Seorang Ibu

Hari ini rasa berat hati nak pergi ke kelas. Semangat kelmarin tidak sama seperti hari ini. kelmarin ceritanya lain, hari ini cerita baru akan bermula. Kawan sebilik saya memang cergas orangnya. Awal-awal pagi lagi sudah ke kampus. Katanya mahu menghantar laporan. Tambahan pula kelas pada waktu pagi dibatalkan. Saya menghabiskan masa mengedit semula video lagu yang tertunggak lebih kurang seminggu. Pengalaman membuat video memang agak lucu. Manakan tidak dah masuk sem bpe dah baru tahu cara nak buat video. huhu..tidak mengapa,..dah nama pun belajar tetap kena belajar walaupun tidak tahu. Inilah yang dikatakan proses belajar.Pasti ada senang dan susah. Namun usaha tetap diteruskan.

Kita beralih pula  kenangan saya semasa di surau tadi. Sebelum masuk ke kelas saya dan kawan-kawan berehat di surau sementara menunggu waktu solat zohor. Keadaan agak sesak dengan kehadiran ramai pelajar yang sama-sama menunaikan solat. Setelah selesai solat, saya bersama salah seorang rakan sekelas saya sedang bersiap-siap untuk ke kelas. Tiba-tiba kawan saya itu memberitahu bahawa ada sesuatu yang dia ingin berikan kepada saya. Dia mengeluarkan dompetnya dan memberikan sebuah hadiah tapi  hadiahnya saya tidak boleh bagitahu. Alangkah terkejutnya saya yang hadiah tersebut  adalah pemberian ikhlas daripada ibunya. Saya sangat terharu. Dia pula seolah-olah ingin menitiskan air mata ketika   hendak menyerahkan hadiah tersebut kepada saya. Saya tergamam dan tiba-tiba beberapa titisan air mata keluar dari kelopak mata saya. huh, sangat menyentuh hati. Manakan tidak,selama ini saya tidak pernah berjumpa ibunya dan pada hari ini saya diberikan hadiah tersebut. Rupa-rupanya kawan saya menceritakan kepada ibunya tentang kisah hidup saya. Mungkin ibunya tersentuh hati mendengar kisah hidup saya. Kawan saya akan menangis kalau saya menangis. Jadi saya hanya diam saja. Masa itu kawan-kawan yang lain tidak perasan situasi tersebut. Hanya saya dan dia saja yang tahu. Rasa nak peluk je mak dia. Semakin dekat kasih sayang seorang ibu.

Hari ini barulah saya tahu walaupun kita merasakan tiada sesiapa yang menyayangi  diri kita namun kita kena ingat Allah swt masih  menghadirkan kita insan yang mulia dalam hidup kita yang mungkin kita tidak kenal secara rapat untuk sama-sama berkongsi kasih sayang dengan kita...Terima Kasih......

No comments:

Post a Comment