Dalam kehidupan kita sebenarnya memakai pelbagai topi amanah dan tanggungjawab yang perlu kita pikul pada setiap masa. Berikut adalah beberapa contoh topi amanah dan tanggungjawab:
-Topi hamba yang patuh pada perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
-Topi anak yang taat dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya.
-Topi suami yang memelihara keharmonian isterinya.
-Topi isteri yang memelihara kehormatan suaminya.
-Topi abang atau kakak yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya.
-Topi bapa yang menjaga amanah, mendidik, memelihara dan membiaya anak-anaknya.
-Topi seorang kawan yang menemani sahabat handainya yang lain.
-Topi pekerja yang menjalankan tugas yang diberikan oleh majikannya.
-Topi jiran yang memikul tanggungjawab sebagai jiran.
-Topi pemimpin yang adil, saksama dan berwibawa kepada pengikutnya.
-Topi penasihat yang berilmu dan beramal terhadap apa yang dinasihatinya.
-Topi mentor kepada yang lebih muda.
-Lain-lain topi.
Kita mestilah selalu menjalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan baik dan tabah pada setiap ketika sepanjang kehidupan kita. Topi ini bertukar ganti berdasarkan keadaan setiap masa. Semasa kita kecil, kita hanyamemakai topi sebagai seorang anak dan pelajar dan tidak yang lainnya. Topi ini bertambah dan terus bertambah apabila kita semakin membesar bersesuaian dengan tanggungjawab dan komitmen yang mendatang.
No comments:
Post a Comment