Salam Dunia......

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.............

Friday, February 4, 2011

Hargai Diri





Salam kasih sayang..mcmana perjalanan hidup anda pada hari ini,,pasti ada yang lancar dan pasti ada yang sukar. Sesuatu kerja yang berjalan dengan baik sudah tentu kita akan rasa senang dan gembira. Kerja yang tak jadi pula akan merisaukan kita. Tambah-tambah kerja yang kita buat perlu disiapkan dengan kadar segera.Kadang-kadang muka kita tertulis pelbagai perasaan yang diluahkan melalui pancaindera seperti mulut muncung dan dahi berkerut. Setiap orang sukar untuk membuang jauh perasaan tersebut kerana ia hadir tanpa disedari. Begitulah rutin seharian kita yang penuh dengan pelbagai agenda dan misi tertentu namun sudahkah kita mempersiapkan diri kita dengan mental dan emosi yang stabil. Kita tidak akan pernah berhenti menggunakan tenaga kita selagi ianya diperlukan kerana kudrat kita yang telah Allah swt kurniakan merupakan satu nikmat yang amat bernilai dan fungsinya sangat penting. Manusia itu adalah makhluk yang istimewa, yang hebat dari segi akal iaitu dapat berfikir secara logik, global dan jauh di luar kotak fikiran. Wah, bertuahkan kita sebagai manusia yang sudah diberikan anugerah yang begitu terindah sekali. Cuba fikir sekiranya ciptaan-Nya itu lain dari yang asal, contohnya kedudukan tubuh badan manusia berada pada kedudukan yang lain. Bagaimana ya?Gambarkanlah wahai teman,,,pasti ada yang pelik. Indah dan uniknya ciptaan-Nya. Anda pasti akan menjadi manusia yang bijak sekiranya menggunakan nikmat tersebut dengan cara yang betul. Bayangkanlah sekiranya suatu hari nanti salah satu pancaindera atau anggota badan kita ditarik oleh-Nya. Adakah mampu kita menerima perubahan tersebut? Sudah terisikah fungsinya semasa ia masih ada? Sementara tangan, kaki, mulut, telinga dan lain-lainnya masih bernyawa gunalah mereka dengan cara yang sebetul-betulnya kerana ia adalah tanda terima kasih kita kepada Allah swt. hargailah diri anda dan bersyukurlah kepada-Nya......

Bersyukur kita masih dapat berlari, berpijak di bumi yang nyata



Kita inginkan yang terbaik namun kita tidak tahu cara yang terbaik.


Bukan ini yang kita mahukan. Mempersia-siakan nikmat Tuhan.


Kekurangan itu bukan kekalahan hidup kerana kita lakukan dengan akal.

No comments:

Post a Comment