Saya???Ada apa dengan diri saya ni?..Pasti setiap orang selalu bertanya atau menyoal tentang dirinya. Apa yang selalu dipersoalkan??. Kita semua ada tujuan dan matlamat hidup masing-masing dan ianya adalah berbeza mengikut kehendak dan keperluan diri kita. Adakah matlamat kita akan tercapai tanpa gerak kerja atau usaha yang berterusan. Dan adakah usaha yang dijalankan akan terus berjalan sekiranya kita berputus asa di pertengahan jalan. Cuba lihat setiap diri kita. Apa yang membezakan diri kita?adakah manusia itu terdiri daripada pelbagai bentuk dan jenis?. Tidak. Manusia itu adalah sama. Ya. Kita adalah sama. Tidak ada yang membezakan kita. Yang membezakan diri kita adalah bagaimana kita mencorakkan diri kita untuk terus hidup. Setiap orang mempunyai cara dan pembawakan diri masing-masing dan setiap daripadanya mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Bayangkanlah sekiranya setiap orang mempunyai corak hidup yang sama. Rasanya hidup ini tidak ada bunga-bunga dan hanya sekadar memenuhi asas kehidupan sahaja. Corak hidup itulah yang akan menghidupkan lagi hidup kita. Maknanya hidup yang diisi dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang baik, jahat, sombong, angkuh, miskin, kaya, yang menindas dan yang ditindas dan sebagainya.
Kita perlu tahu bahawa diri kita sangat hebat sehinggakan pada satu saat kehebatan anda melangkaui jauh dari cita-cita asal anda. Kadang-kadang kita tidak sedar akan kehebatan anda kerana kita kurang yakin dan percaya. Persekitaran?Kenapa kita selalu terpengaruh pada persekitaran?Sebenarnya kekuatan setiap orang tidak akan hilang andai kata dirinya tidak mempedulikan atau membiarkan dirinya dipengaruhi persekitaran. Contohnya masyarakat yang sentiasa berada di sekeliling kita. Sudah tentu masyarakat yang sejak dari azalinya diberikan kuasa untuk melihat, mendengar dan berkata-kata akan sedaya upaya memanipulasikan persekitaran mengikut kepuasan mereka. Dan manipulasi mereka sentiasa saja akan memberi kesan kepada diri individu. Bagaimana ya? Katakanlah suatu ketika anda memakai baju baru yang dibeli dari luar negara. kawan-kawan akan memberikan respons yang positif atau negatif. Sekiranya mereka suka mereka akan puji dan sekiranya mereka tidak suka mereka akan mengata. Dan sekiranya anda dapat menerima respons mereka sama ada yang menggembirakan atau menyakitkan dengan hati terbuka kekuatan dan keyakinan anda tidak akan goyah. Sebaliknya anda tidak dapat menerima, keadaan tersebut akan membuatkan semangat anda lemah. Begitulah juga anda mencapai sesuatu kejayaan. Pasti ada orang yang suka dan tidak suka. Yang suka mungkin rasa bangga dan tumpang gembira dengan kejayaan anda. Yang tidak suka kerana mungkin dengki atau busuk hati. Itulah yang dinamakan lumrah kehidupan. Pada yang tidak berani menghadapinya belajarlah untuk menerima segala tohmahan dan kritikan dari orang lain. Pada yang berani jangan sesekali biarkan diri kecundang dipertengahan jalan, jika kecundang sekalipun, binalah ia semula agar ia mencapai kejayaan setinggi langit yang kita impikan selama ini. Fikirkan tentang diri kita, kejayaan kita bukannya bergantung sepenuhnya kepada mereka. Kita sendiri yang memenuhinya. Kita sendiri yang membina hidup kita. Apa yang perlu ditakutkan. Kita adalah manusia. Makhluk yang sangat hebat. Kekuatan, keyakinan dan kepercayaan sudah ada dalam diri kita. Cuma kita sendiri yang tidak pernah bertanya khabar mereka, tidak pernah menyentuh mereka dan tidak pernah menggunakan mereka dengan sebaik-baiknya. Kerana kita selalu mengikut kata dusta iaitu pemikiran yang tidak rasional yang menyekat potensi diri kita untuk maju ke hadapan. Keluarkan rasa takut, bimbang, sedih dan gemuruh dari diri kita.
Halangan??Kenapa kita perlu takut pada halangan?? Halangan itu memang suatu tamparan yang sukar bagi kita. Namun adakah dengan halangan yang ada dihadapan kita, kita akan terus berhenti. Berhenti untuk mengejar nikmat hidup. Halangan yang tersedia ada itu adalah pemberian dari Allah swt. Begitulah juga rezeki yang kita dapat. Apakah perjuangan hidup kita? Adakah dengan hanya menghabiskan masa untuk berseronok di dunia ini sehingga ke akhir hayat kita tanpa menyumbang apa-apa kebaikan pada dunia milik Allah swt ini. Perjalanan kita masih jauh. Jauh...jauh ke destinasi yang sebenarnya. Jadi apa yang perlu kita buat? Jangan membuang masa hanya menunggu rezeki dan kejayaan mencari kita. Kita sendiri yang perlu mendapatkannya. Belajarlah untuk membina kekuatan dan keyakinan pada diri kita. Pedulikanlah pada ejekan dan kritikan masyarakat yang tidak pernah cuba untuk memahami kita dan hanya akan bertepuk tangan apabila kita kalah. Buktikan kepada mereka bahawa kita mampu melakukannya daripada mereka yang hanya duduk diam tanpa berusaha dan hanya tahu untuk melemahkan semangat kita untuk berjaya. Kita pasti Boleh!!!!....
No comments:
Post a Comment